Thursday, 7 February 2013

Pengenalan Robot Soccer Part 2:Sejarah Robot Soccer Politeknik Malaysia, JPPKK

         Robot Soccer Politeknik Malaysia di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 2007. Mesyuarat yang pertama telah diadakan di Hotel Puteri Resort di Ayer Keroh Melaka pada 19 – 23 Jun 2007.

                                 

8 buah Politeknik telah terpilih menjadi perintis untuk projek Robot Soccer ini iaitu Politeknik Johor Bahru (PJB), Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Port Dickson (PPD), Politeknik Seberang Prai (PSP), Politeknik Mu’adzam Shah (POLIMAS), Politeknik Kota Bahru (PKB), Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dan Politeknik Kota Kinabalu (PKK). Setiap Politeknik diwakili oleh 4 orang pensyarah. Pada mesyuarat kali pertama ini, kami telah diberi taklumat berkaitan tujuan dan hala tuju Robot Soccer ini.

                                  


Dalam masa yang sama juga, para pensyarah telah diajar cara mengendalikan Robot Soccer ini. 2 orang pensyarah daripada Politeknik Singapura telah dijemput untuk mengajar kami.





                              


                               







Penyerahan hadiah kepada para pemenang:

                                   Best Strategi : Politeknik Ungku Omar (PUO)


                                            

                                   Tempat ke-3 : Politeknik Seberang Prai (PSP)

                                  
                               Tempat Ke-2 : Politeknik Mu'adzam Shah (POLIMAS)

                                  
                                  Juara keseluruhan : Politeknik Johor Bahru (PJB)

                                  






*Copy And Paste From: http://pjb-soccer-robot.blogspot.com/













Pengenalan Robot Soccer Part 1

                              

                    Sebelum kita berkenalan dengan apa yang di namakan sebagai robot soccer, kita telusuri dahulu apa yang di maksudkan dengan robot.
                                 

        Robot adalah sebuah alat mekanik yang boleh melakukan tugas fizikal, baik menggunakan pengawasan dan kawalan manusia, ataupun menggunakan program yang telah ditakrifkan terlebih dulu (kecerdasan buatan). Robot biasanya digunakan untuk tugas yang berat, berbahaya, pekerjaan yang berulang dan kotor. Biasanya kebanyakan robot industri digunakan dalam bidang pengeluaran. Penggunaan robot yang lain termasuk untuk pembersihan sisa toksik, penjelajahan bawah air dan luar angkasa, perlombongan, pekerjaan "cari dan tolong" (search and rescue), dan untuk carian tambang. Belakangan ini robot mula memasuki pasaran pengguna di bidang hiburan, dan alat pembantu rumah tangga, seperti pembersih vakum, dan pemotong rumput.

         Robot berasal dari kata "robota" yang dalam bahasa Czech yang bermaksud budak, pekerja atau kuli. Pertama kali kata "Robota" diperkenalkan oleh Karel Capek dalam sebuah pentas sandiwara pada tahun 1921 yang berjudul RUR (Rossum s Universal Robot). Pentas ini mengisahkan mesin yang menyerupai manusia yang boleh bekerja tanpa lelah yang kemudian memberontak dan menguasai manusia.Istilah "robot" ini kemudian mulai terkenal dan digunakan untuk menggantikan istilah yang dikenali ketika itu, iaitu automaton.
                                      

           Robot sederhana dahulu adalah beroda, digunakan untuk melakukan eksperimen dalam tingkah laku, navigasi, dan perancangan laluan. Teknik navigasi tersebut telah berkembang menjadi sistem kawalan robot autonom yang tersedia secara komersial, contoh paling mutakhir dari sistem kawalan navigasi autonomi yang tersedia sekarang ini termasuk sistem navigasi berdasarkan laser dan VSLAM (Visual Simultaneous Localization And Mapping) dari ActivMedia Robotics dan Evolution Robotics.

           Ketika para kakitangan siap untuk mencuba robot berjalan kembali, mereka mulai dengan heksapoda dan platform berkaki banyak yang lain. Robot-robot tersebut meniru serangga dan arthropoda dalam bentuk dan fungsi. Tren menuju jenis badan tersebut menawarkan fleksibiliti yang besar dan terbukti dapat menyesuaikan diri dengan berbagai macam persekitaran, tetapi bayaran dari penambahan kerumitan mekanikal telah menghalang pengadopsian oleh para konsumer. Dengan lebih dari empat kaki, robot-robot ini stabil secara statik yang membuat mereka bekerja lebih mudah. Tujuan dari penyelidikan robot berkaki dua adalah mencapai gerakan berjalan menggunakan gerakan pasif-dinamik yang meniru gerakan manusia. Namun hal ini masih dalam beberapa tahun akan datang